Wednesday, June 18, 2008

Aaahhhh! I'm Breathless.

Hmmm, rasa nya tak terdaya nak memblog. Dah 5 hari tak on computer. Hari Jumaat yang lalu, kami ke JB balik dari kerja. Walaupun badan masih belum ok, aku gagahkan diri juga untuk ke sana. Dear pun nampaknya macam dah nak down. Bila kat dlm bus express tu, she just closed her eyes most of the times.

We headed to CS untuk beli vitamins dan sesudah tu pegi ke kedai DVD. Sebelum aku lafazkan niat untuk mencari DVD tu, Dear telahpun bertanya mengenai citer Korea. Belilah for her satu citer tu then she let me see see sebab Dear nak gi cari CD yang her friend kirim.

Malaslah nak belek belek, lantas aku pun trus tanya kat mamat cina tu

"Blader, aler itu celita L word tak"

"Oh! L wold ah, takler stock ah"

"Wah itu celita manyak bagus kah? sampai lu sulah taklee stock, tu celita pasai apa ah"

"Aiyoh, itu celita lesbian loh, lu tak tahu ah,...apa pasal mahu beli"

Apa aku nak kata, dah pepandai aksyen taktahu, sekarang dah ahbeng tu banyak songeh pulak ..nak cover line punya pasal..amik kau. At last, tak dapatlah DVD yang aku nak. Kami ronda ronda kejap kat CS..memang betul kat JB banyak betul geng senget. Dear pulak tu macam perasan yang aku ni dok perhatikan org sekeliling. Bila Dear tengok mata ku dok mengekori satu pasangan tomboi dan aweknya, Dear trus tarik lengan aku dan ajak berlalu pergi sambil mulutnya mengomel yang aku ni gatal. Eh ye ke, aku tak rasa pulak mcm tu, aku cuma menikmati keindahan ciptaan Allah yang ada pada si gadis jelita nan manis tu. Tak salah apa, tak ngorat pun.


Weekend, hanya pergi pasar dan rihat dirumah. Batuk ku bertambah teruk so malas nak kluar, just laze around the bed, makan, take medicine, tidur lagi.


Hari minggu malam aku semangat mengemas bag kerja sampai Dear menegur kesemangatan aku yg selalunya kemas bag bila nak pegi kerja. Biarlah yang penting, aku berharap sangat yg aku akan ke tempat kerja esok dng sikap, pandangan dan perasaan positif. Si Setan (immediate bos aku ler) akan balik esok after 3 weeks of leave.


Monday morning at 3 plus, aku terjaga dari tidur dengan batuk yg amat dahsyat..adalah about 10 mins tu aku tak berhenti batuk. Dear pun terbangun dan mengosok gosok dada ku. Lepas tu aku trus tak boleh tidur. Jgn kata tidur, baring pun tak boleh de. Akhirnya Dear aturkan bantal tinggi tinggi dan memaksa aku berbaring separuh duduk. Disapukan minyak bam di dada, leher dan tengok dengan harapan dapat melegakan aku. Terimakasih sayang atas keperihatinan awak tu. Legalah sikit rasanya sambil aku menyuruh Dear untuk tidur. Pukul 5.30 pagi aku rasa sesak di dada dan batuk batuk batuk batuk tak henti henti...Dear bersuara panik.

"Sayang you ok ke"

"Koh koh nkoh nkoh" dah separuh nafas dah aku ni.

"Hmm' tak leh jadi you seems breathless, I nak hantar u gi hospital ni"

Aku tak dapat nak membantah, angguk dalam batuk tu..Dear memapah aku ke toilet untuk bersihkan diri. Dah tu aku trus disuruh siap. Aku taknak siap dan taknak pegi sebelum aku solat subuh. Dear akur dan duduk di sisi ku waktu aku menunaikan solat. Pas tu we trus gi hospital. Bila tiba di hospital, aku langsung di beri oxygen. Dear trus buat registration. Setengah jam kemudian aku di periksa dan disuruh membuat xray. Hmm, dalam hati berdoa, janganlah kena tahan. Alhamdullillah, doctor said its mild broncho problem, tak yah admit. Amik obat saja dan dikasi 3 hari MC. Untuk itu aku kena S$75. Apa nak buat, terkopak jugalah.

Balik dari hospital, Dear pulak gi jumpa Doctor..memang she seems to jangkit batuk batuk dan her migraine dah start dah gara gara tak dapat tidur dengan lena akibat aku ni. Doctor gave her 2 days MC suruh dia rehat dan jaga aku skali..baiknya doctor.

So last 2 days aku dilarang on laptop. Bosanlah pulak tidur aja...ah layanlah tengok DVD...aku tengok citer "Indiana Jones and the Silver Skull", "Ayat ayat Cinta" dan "Duyung". I'm amazed, aku ni bukan tv people, tak tahan rasanya duduk berjam jam depan tv tu...lebih baik baca buku berjam jam..tapi tulah hakikatnya, aku dapat habiskan 3 citer dlm tempoh 2 hari tu. lorat betul. Selalu nya paling tahan pun 1 jam setengah, selebihnya tvlah tengok aku yg dah berlayar ...zzzzzzzz.

Hari ini, aku rasa agak ok, aku ada misi, nak update some of my blogs, pas tu aku nak sambung mengemaskini bahan bahan yang aku perlu untuk projek aku tu. Tapi matilah kalau Dear tahu. Tadi pagi sebelum keluar Dear dah berpesan supaya aku rehat. Kalau nak on laptop tu jangan khayal pulak. Ok mem. Itu aja aku jawab. Ni dah lebih 3 jam aku mengadap laptop ni..so nak gi rehat kejaplah ...doakan me cepat sembuh ye .. kalau tak hancurlah harapan nak enjoy honeymoon next week nanti. Till then.









1 comment:

sky said...

saya harap semuanya ok2 saja. dee n yang sihat. pastu boleh gi honeymoon yg di nantikan..