Thursday, June 26, 2008

Aku benci Perasaan Ini

Aku tak suka bila tidur dengan rasa kecewa, kesal or sedih. Walaupun bila orang yang sedar tengok kita tidur dengan pulas di sebabkan dengkuran kita, tapi kepala otak kita yang dah berjambul dan bersarang dengan perasaan kecewa, kesal or sedih itu masih berligar ligar. Hishhh ...bencilah kalau ini terjadi sebabnya, aku akan talk in my sleep, siap melepaskan apa yang terbuku di dada, dan bila bangun pasti di serang migraine.

Tadi pagi aku terlambat bangun, betul betul tak sedar selepas malam semalam susah tidur disebabkan apa yang aku rasa. Pukul 6.25 pagi, Dear gerakkan aku dengan kasar
"Woi, dah pukul 6.30 tau, kata nak masakkan ai limpa" berkali kali dia berkata
'adui kenapalah boleh terlajak..duh pundak ni macam ada orang jitak. Duhh, malasnya' keluh aku dalam hati.
"You keje ke tak? Kata nak masak limpa, ni dah pukul berapa! Dalam tidur pun boleh siap komen kata kita not even say thank you. Betulkan? Dalam berdengkur pun boleh ngata kita eh" masih berleter lagi makcik ni bila tengok aku yg dah bangun dari perbaringan tapi masih duduk atas katil.
"Aduh! sakit kepalalah..takpelah, sana sikitlah, I nak mandi, kang terlepas pulak subuh" dalam keterpaksaan aku gagahkan juga, malaslah nak dengar leteran dari orang yang tersayang pagi pagi ni.

Masuk dapur aku tengok, si Indon tu belum masak lagi. Limpa pun belum potong. Relax! tak boleh marah dan panik, nanti tak sedap bila masak. Sabar ajalah - itulah yang I tell myself. Aku pun dalam terpisat pisat tu, potonglah limpa dan panggil kan si pembantu yang sedang sapu. Ku suruh dia keluar kan kuali dan bumbu utk masak limpa tu. Nasib semua dah siap, tinggal nak menumis aja. Pas tu dia tanya nak masak sayur apa. Alah itu pun nak tanya aku ke? Sebarang ajalah; itu yang aku jawab kan dia. Aku sempat lagi menumis dan bila dah agak ok, aku tinggalkan utk mandi sambil berpesan pada pembantu utk masukkan limpa bila dah agak mendidih bumbu tu. Alhamdulillah, walaupun kelam kabut sikit, aku masih sempat solat subuh dan masak limpa tersebut utk kekasih hati aku tu. So sayur si Indon tu goreng kobis aja. Jadilah, at least aku dah tak payah fikir nak makan apa for lunch plus save duit sikit.

Hhhmm, apa sebab eh aku rasa kecewa semalam sebelum tidur. Infact dah 2 malam aku rasa recewa. 2 malam sebelum nya dan semalam, maka bertambahlah rasa kecewa yang teramat. Nak citer ke tak nak .... lah tak payah lah..buat sebal hati aja. Apa pun aku harus tempuh hari ini dengan positif. Partner ofis aku ni on course for 2 days jadi aku nak kena cover her duties plus aku nak siapkan monthly report sebelum aku sendiri pergi cuti.

Ohh! I'm counting days.... semuga malam yang kelam akan menjadi hangat bermula Jumaat malam mendatang. Sebab selalunya kebersamaan akan menjadi lebih intim dan hangat setelah melalui badai dan taufan. Ini bukan cakap kosong, ni pengalaman aku yang dah lebih 18 tahun bersama Dear yang amat ku cintai. Harap doa aku terkabul dan impian jadi kenyataan. Amin.

No comments: