Tuesday, October 21, 2008

Maaf, takde Niat pun ...dan selamat bercuti

Posting ni aku tujukan partly untuk seorang adik yang baik hati. Maaf, saya takde niat apa pun ...
Hari ni perasaan aku dah agak lega sikit. Apa yang terbuku di hati akibat kena main tu dah dapat pun aku muntahkan. What had happened has happened, tak boleh nak amik remote control to rewind it. Harap ada hikmahlah disebalik tu semua.
Sebenarnya, ada pembaca blog aku yang terasa dengan posting aku yg lepas. Padahal aku tak berniatpun posting tu ditujukan pada dia. Tapi nak buat macam manakan, dah dia tu sensitif orangnya. Haru juga situasi jadinya bila dia YM kat aku. Konfius aku, dahlah hati tengah bengkak dengan all the matters, plus pembaca blog tu buat aku bengang...mati mati dia ingat aku tujukan posting tu utk dia. .. heehehhhe ...awak jangan marah tau ... ni baru saya citer pasal awak ni. Daripada hanya nak berkias di dlm blog, terpaksa aku ceritakan sedikit hal sebenar kenapa aku geram kena main tu. Padahal aku memang emo sesangat on what happen dan tak nak berkisah tentangnya. Tapi fikir fikir balik, lega juga bila dah berbicara dengan seseorang walaupun dialam cyber.
Minggu ini ramai kengkawan yang bercerita nak gi holiday. Ada yang ke Langkawi, ada yang ke Padang, ada yang ke Bangkok, ada yang nak ke Makassar, ada yang nak ke UK, aku aja yang kehulur ke hilir pegi balik keje. :(.
Tapi khamis dan jumaat ni aku cuti. Yahooooo....Tapi aku cuti bukan nak pegi holiday, aku cuti utk anniversary kami on thursday. Haruslah takleh bangun awal on friday nantikan. Anniversarylah katakan ... malam jumaat lagi. So since aku dah cuti, hari jumaat pulak aku nak bikin open house utk siblings dan siblings in law aku. Sebenarnya aku tak de apa plan utk anniversary tahun ni, nak save for next year vicennial annivesary. Aku dah pun belikan Dear hadiah as what she wanted. So no surprise this year.
Tahun sudah sudah, aku slalu kirimkan bunga pada Dear kat ofis. Balik keje baru we all gi dinner, and time tu baru aku kasi Dear gift. Dah lama we all tak amik cuti for our anniversary. Tapi tahun ni Dear yang suggest we all cuti. Terperanjat juga aku sebab Dear ingat anniversary kami. Selalunya Dear suka terlupa. Dear kata nak ajak gi dinner. Must be you have something up your sleeve rite?. Dear nak dinner kat Carousel. Aduh boleh ke termakan ni kalau nak gi buffet kat Carousel. Harap Dear taklah marah kalau aku tak boleh nak try all the food nanti. Habis puasa ni, tak termakan pulak aku, makan sikit pun dah kenyang. Kalau seterusnya cam ni, bagus juga boleh turun timbangan badan aku ni.
Bagi kengkawan yang gi Holiday tu, jangan lupa oleh oleh untuk aku ok. Tak minta banyaklah, aku hanya collect magnet...korang masih mampukan setakat magnet tu. Hishh, tak malu betul eh, minta oleh oleh pulak ...eh jangan susah susah ye, ai cuma main main aja, lagipun tempat tempat yang korang pegi tu ai dah pun pegi except makassar tulah.. hehem hehem... orang yang nak gi makassar tu jgn buat tak tahu pulak ye ....ehhehhehhhheee.
For those holidaymakers, enjoy yourself with your partner...hanimum agak agak ok. Tour juga tempat tempat menarik disana, jangan nak berkubang kat bilik hotel tu aja. Kang tak terjengah pulak tempat yg harus dikunjungi. Dan jangan lupa, try test cubalah makanan yang lain dari tempat korang, macam otak lembu masak lemak ke, mee gulung ke, sweet sour noodle with thai herbs ke...try ler. Sushi sushi tu tak yah lah kan.
Have a save journey dan semuga selamat pulang ke tahanair nanti.

No comments: