Wednesday, November 19, 2008

Apabila Cinta Tidak 100%

Mampuke nak hidup dengan orang yang tidak mencintai dan meyayangi kita 100%? Dari semalam aku terfikirkan soalan ni.

Kadang tu, bila kita menyayangi seseorang, kita committed nak do anything for her, nak try to fulfilled all yg termampu. Waimah kita penat macam mana sekalipun. Selalu nak berikan keutamaan pada sidia. Nak buat sesuatu pun nak fikirkan sidia. Kalau boleh kita nak sidia bahagia sentiasa. Kita ingat kita curahkan 110 % masa, tenaga, kasih sayang dan apa apa lagi lah hanya untuk sidia. Bak lirik lagu lama

Buang emak buang saudara

Kerana kasih hamba turutkan

Tapi apa akan kita rasa, bila sidia tak semena mena berkata sidia tak 100% mencintai kita. Mulalah kita terfikir yang bukan bukan. Hati mulalah bersoal jawab sendiri

Adakah dia sudah ada orang lain?

Adakah dia bosan dng kita?

Apa salah kita dan apa yang kurang pada kita?

Apakah yang membuat dia berubah hati?

Semua kemungkinan terlintas di fikiran dan sanubari, setiap gerak geri menjadi identiti mencari punca persoalan ini.

Kita mulalah berdiolog mencari kesilapan kita, mengamit setiap lorong memori perjalanan hidup kita berdua. Mencari noda noda kesalahan di pihak mana. Dalam kealpaan kita terlupa, dalam kegopohan hati yang terluka, kita menerjah segala kemungkinan dikepala otak yang berserabut.

Kita jadi orang yg tak karuan, kita jadi marah dan sedih. Kita jadi tak rasional. Yang paling dahysat kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya di bumi Allah ini. Apa tujuan kita berada disini.

Hari ini, aku memohon kepada mu Ya Allah, kau kuatkan lah hamba mu ini. Redhakan lah aku menerima ujian mu sekali lagi. Tabahkan lah aku untuk menikmati ujian mu ini. Terimakasih Ya Rabb, kerana memberikan aku rasa kasih sayang ini, terimakasih kerana memberi aku peluang mencintai ciptaanMu dan mengajar aku rasa sedih, gembira, sakit hati, bahagia dan suka duka. Kalau masih ada cinta antara kami, kau panjangkanlah jodoh kami walaupun cinta ini songsang. Izinkanlah aku menikmati kebahgiaan yg tak berpenghujung ini hingga akhir hayat. Amin

ps: Aku akan tetap mencintaimu walau bagaimanapun dirimu. Seandainya kau tiada lagi disisi, tiada guna hidupku disini.




No comments: