Rentetan peristiwa ramadhan didalam kehidupan kami berdua...
Hujung minggu pertama ramadhan - Beriftar bersama keluarga besar ku..ni adalah tradisi arwah ibu dan kak long aku yg sejak ketiadaan ibu telah mengambil alih tugas tersebut..tapi pagi nya aku dengan Dear telah mengigihkan diri beratur untuk ini...




Antara Hidangan yang adik beradik aku potluck utk majlis iftar di rumah Kak Long pada 29.8.09
Dimajlis iftar di rumah Kak Long, berbagai makanan pulak telah dihidangkan. Rasanya tak termakan bila kami dah berkumpul adik beradik. Selalunya aku buka hanya dengan makan kurma, bubur, buah2an dan satu main dish serta kuih. Ni berlambak pulak nak dimakan. Belum makan dah bingung. Lepas makan, kami berjemaah magrib, isyak dan terawih. Selesai solat, ramai yg repeat broadcast melayan nafsu tekak sambil bersembang. Mata aku memang dah tak tahan. Dear pulak pantang berjumpa ipar ipar dan biras birasnya, sibuk lepas 1 topic ke satu topic. Mujurlah, abang aku bersuara untuk menghantar kami balik hampir 20 min ke jam 12tengahmalam. Kalau tak, sanggup Dear bersembang sampai kepagi. Aku juga yg nanti pengsan.
Dear tahu dia boleh sambung tidor hari minggu, aku juga yang bakal sibuk memandangkan Dear pulak yg panggil adik beradik Dear utk berbuka dirumah keesokkan hari dan aku memang selalunya memasak utk keluarga Dear. Walaupun keluarga Dear tak sebesar famili aku, namun kalau bab makan ni, mahu tak mahu at least nak kena ada complete set ngan dessert sekali.
Alhamdulillah, majlis iftar di rumah Kak Long dan rumah Dear berjalan lancar tanpa pembaziran. Semua yg hadir dibekalkan lebihan juadah agar tak terbuang. Aku walaupun penat hepi sangat melihat keluarga Dear makan dengan berselera.
Sambungan rentetan ramadhan seterusnya akan aku buat diposting akan datang.
2 comments:
Salam,
rindu nak baca latest update...baru mengikuti blog ni dan dah khatam. something intresting...harap semuanya ok2 sajer...salam aidilfitri maaf zahir dan batin
Terimakasih kerana sudi menyingah ke blog saya...dan salam aidilfitri juga.
Post a Comment