Thursday, October 1, 2009

DiGamit Memori 2

Sejak meluahkan hasrat hatiku pada Dear, hari hari terasa lebih manis walaupun aku tak pasti apa keputusan Dear. Aku ingin menikmati sebaik baiknya masa yg ada bersama Dear. Siapalah tahu seandainya jawapan yang Dear beri akan menghancurkan dan memusnahkan impianku.

Aku tak lagi hanya pulang bersama. Tiap hari aku keluar lebih awal hanya utk menunggu Dear dibawah block rumah nya. Tiap hari juga aku bawakan sarapan berupa epok epok sardin kegemaran Dear. Belum lagi kami bergantung ditalipon tiap malam sampai berjam jam. Hujung minggu bila keluar dating, aku selalu membawa bunga utk Dear.

Suatu hari sewaktu aku mahu berlalu pergi setelah menghantar Dear, Dear telah menghulurkan sepucuk surat bersampul merah jambu. Hendak ku buka dan ku baca, namun Dear tak mengizinkan dan meminta aku membacanya bila aku berada di rumah. Demi menghormati permintaan Dear, aku simpan surat tersebut dan berniat membacanya nanti.

Dasar manusia yg penuh dengan dosa, dan sifat tak sabar, aku buka surat tersebut sebaik saja aku melabuhkan diri ditempat duduk di dlm bas no 18.

"Maaf kerana mengirimkan warkah ini. Tak sanggup rasanya utk bertentang mata meluahkan apa yg tersirat didalam sanubari. Aku harap kau dapat mengerti dan terima permintaanku ini dengan ikhlas.

Mulai esok, aku tak ingin lagi kau menantiku utk pergi dan pulang dari kerja. Biarlah buat sementara waktu ini, kau jangan menghubungiku. Izinkan aku memohon maaf dan halalkan segala makan minum yg kau berikan selama ini. Apa pun jua, ketahuilah, aku tahu yg kau amat mencintaiku dan aku berharap yg suatu masa nanti aku pun dapat mencintaimu juga.

Salam sayang selalu dan aku pasti aku akan merindui kehadiran mu."

Rasanya saat itu, mahu saja aku berteriak sekuat hati. Namun aku masih waras bahawasanya aku berada di dalam bas semasa aku membaca surat tersebut. Sampai saja aku didestinasi, aku bergegas mencari public phone. Tak dapat nak tunggu hingga sampai kerumah utk meminta kepastian dari Dear. Namun sekali lagi aku hampa. Dear tiada dirumah. Baru saja Dear keluar bersama orgtuanya ke Melaka dan hanya akan pulang 3 hari lagi.

Dalam kesah, aku melangkah pulang ke rumah. Tanpa memberi salam, aku melangkah kan kaki ke perbaringan. Terasa berkecai hatiku mengingat warkah dari Dear. Seperti orang yang kehilangan sangat, aku terlentang dan merenung kosong keatas. Ibu yg amat prihatin, datang mendekat dan bertanya kenapa. Tak dapat aku nak luahkan segalanya. Aku hanya menangis dan tersedu. Akhirnya ibu menyuruh aku bangkit untuk mandi dan bersolat. Aku akur dan gagahi diri menurut perintah ibu. Malam itu aku tak pun menjamah masakan ibu walaupun ibu telah memasak lauk kegemaranku. Aku tertidur dlm kesedihan dan hanya terjaga pada sekitar 2 pagi. Dalam rasa mamai, hati ku perih. Sekali lagi aku gagahkan diri dan mengambil wudhu. Teramat damai rasanya hati setelah aku merintih kepada yang maha esa.

Pada ibu, aku berbagi rasa seadanya esok paginya. Ibu meyuruh aku bersabar dan berdoa. Ibu berpesan, mesti Dear ada sebab tertentu utk berbuat demikian. Aku tak boleh nak memaksa Dear dalam segala hal.

Ibu berkata, seandainya Allah mengizinkan sesuatu terjadi, pasti akan terjadi. Kita hanya perlu berdoa dan meminta kepada Nya. Aku tersadar dari rasa marah, sedih dan tertipu bila ibu mengusap kepala dan mencium dahiku. Ibu berkata juga, yang ibu tahu aku amat menyayangi Dear dan ibu berharap apa pun yang akan terjadi, aku tidak akan marahkan sang pencipta. Kalau ada jodoh antara kami atau sebaliknya, semua atas kehendaknya. Aku hanya harus berdoa apa yg terbaik utk kami.

Ya, ibu hanya tahu yang aku amat menyayangi Dear sebagai seorang saudara bukan sebagai seorang kekasih. Aku tahu, ibu juga amat menyenangi Dear apabila pertama kali kukenalkan Dear pada ibu. Ibu juga pernah berkata yang ibu amat bahagia kalau punya menantu seperti Dear saat ibu terbaring dirumah sakit. Dan aku tahu ibu ikhlas membelai dan menciumi dahi Dear dan meluahkan kekesalannya tak dapat nak buat Dear sebagai menantu. Demi nasihat ibu, aku pasrah atas apa juga keputusan yang Maha Esa. Biarlah masa yang menentukan perhubugan aku dan Dear.





2 comments:

tinyturtle said...

oh my.. angst..
love the way u describe your feelings and the situation
curious nak tau sambungannya..

deeyang said...

thanks. will update when i got the time.