Friday, January 21, 2011

Bergaduh

Baru baru ini, ada seseorang pembaca blog telah mengirimkan komen yg lebih kepada pertanyaan samada aku dan Dear pernah tak bergaduh?.  Dia perasan aku tak pernah menulis kalau ada pergaduhan antara kami.  Aku tak mahu approve komen tersebut kerana ia menggunakan "Anonymous".

Untuk yg ingin tahu tu, inilah jawapanku.  Hmm, tipulah namanya kalau aku kata kami tak pernah berselisih faham.  Tapi itu lebih kepada pertengkaran, bukan pergaduhan.  Walau aku memang dan teramat sayang, cinta dan kasih pada Dear, org takkan percaya yang aku pernah sekali menampar Dear. Hanya SEKALI. Itu pun kerana aku memang sudah hilang sabar dan gara gara teman sepejabatnya, kami bertengkar.

Waktu itu, Dear memang tak sangka kalau aku berani menamparnya. Apalagi bila ianya terjadi didalam rumah Dear sendiri. Tapi Alhamdulillah, keluarga Dear tak turut mencampuri urusan kami.  Dari peristiwa itu, berapa hari jugalah Dear merajuk dan boikot. Boikot tak gosokkan baju. Boikot tak bikinkan kopi. Boikot tak mahu bermanja.  Namun, kami tetap tidur sekatil.

Bengang jugalah aku dibuatnya. Dahlah aku ni failed bab gosok mengosok dengan baik, sampai teman rapat ditempat kerja pun perasan yg baju aku kurang licin. Kopi minum pagi tu aku gantikan dengan air masak aja dan beli on the way gi kerja. Mujur tak lama pertengkaran kami. Its lasted for about 5 days saja.

Aku tak memujuk dengan kata kata...kalau Dear dah merajuk dan tak mahu berbicara, no point of me to talk. Jadi apa aku buat?. Aku kirim sekeping kad dan sejambak bunga keofis Dear, walau waktu itu telah wujud yg namanya email dipejabat kami. Hahah...sesungguhnya itu membuat kebekuan Dear cair. Terlerai sudah benteng kebisuan dan aku pun terputus dari siksaan menggosok baju sendiri. What a relieve.

Pertengkaran dan perselishan faham banyak mendewasakan kami. Ia ibarat garam dlm masakan. Terlebih tak baik, kurang pun jadi x marvelous. We learnt from our mistake, memaafkan dan cuba tidak mengungkit dan membangkit.  Along the way, bertolak ansur dan mengelakkan melakukan apa yg aku tak suka dan Dear tak suka.  Menghargai apa yg Dear telah buat untuk aku dan Aku buat untuk Dear walaupun sesimple menyediakan pakaian atau sarapan, adalah rencah mengeratkan hubungan kami.

Kesimpulannya, bertengakar dan berselisih faham atau pendapat its ok. Cepat memaafkan dan jangan disimpan didlm hati. Insyallah, life will be better if we accept our other half dengan kekurangan dan kedaifan yg ada pada nya. Kita manusia yg tak pernah membuat khilaf dan adalah hamba semata.

No comments: