Monday, September 15, 2008

Hargailah Orangtua mu

Dah 15 hari kita berpuasa, so far so good, we all belum pun satu kali berbuka di luar selain di rumah bersama anggota keluarga. Makanan tu jgnlah cakap, satu meja penuh walaupun aku telah berbincang dengan Dear agar tiada pembaziran di bulan yang mulia ini. Tapi nampak gaya, abg abg Dear yang tak boleh nak lawan nafsu dorang terhadap juadah yg dijual di bazaar ramadhan. Itu pun nasib awal awal lagi aku dah warning abang ipar ku sorang tu yang kalau bulan puasa ni, ngalah kan budak kecik, tengok semua ngidam dan nak, tapi dah buka dapat korma, air dan semangka kegemeran dia tu trus dah tak nak makan. Membazir kan. So far, aku ngan Dear belum pun singgah di mana mana bazaar. Maintain lagi ni.
Dear masih lagi tak berapa sihat, satu mulut penuh ngan ulcer. Sian aku tengok Dear tak leh nak makan. So semalam aku masak lah Chicken Minestrone. Dear actually suruh masak Fish Ball Noodle, tapi kami kepenatan tak pergi pasar semalam, jadi takde fishball. So sebagai subtitute aku masaklah chicken minestrone for her. 2 mangkuk Dear makan... senang ati aku. Dah berapa hari Dear tak dapat nak makan, sabtu tu aku bikin roti jawa utk tahlil adik beradik pun dia tengok aja ...takpe ye Sayang, nanti you dah baik, I bikin lagi ok.
Jumaat yang lalu, sedang aku sibuk buat assignment, kira kira pukul 12.45 mlm, talipon berdering, tersentak kejap. Bila aku jawab, si pemanggil ask for Dear, bila aku kata Dear dah tidur, ngomel pulak si pemanggil suruh aku panggil kan Dear gak. Tak kuasa aku, si pemanggil ni sepupu Dear yang kita gelar kan Sot. Tapi aku bukan nak citer pasal si Sot ni aku nak citer pasal sepupu Dear yg lagi satu. Rupa rupa nya Sot called sbb nak kasi tahu yang pakcik Dear sakit tenat. Sot suruh Dear kerahkan abg abg Dear untuk ke rumah pakcik Dear. Aku tanya Dear kalau Dear nak pergi, sbb abg dia takleh pegi kena kerja at 3 am. Dear kata tak nak. (Memang she tak berapa rapat ngan this uncle nya family) So she went back to our room dan aku pun continue lah buat assignment. Tak sampai setengah jam, Dear kluar lagi dan kasi tahu kalau pakcik nya sudah menghembuskan nafas. So sibuklah kita calling calling Dear nya siblings kasi tahu. Lepas tu, Dear sambung balik tidur sedangkan aku trus membuat assignment yg tak habis habis lagi. Jam 3 pagi barulah aku masuk tidur.
Kami ke rumah pakcik Dear sekitar jam 7.30 pagi. Katanya mayat akan dikebumikan as early as possible, kelam kabut kita di buatnya tapi tak pun seperti yang di jangkakan. Arwah pakcik Dear ada seorang anak yang tinggal bersama nya. Tak tahulah aku kenapa dengan anak arwah nya. Dengar citer dari pada makcik Dear yg lain, she ni macam dah tak betul. Boleh dia terkurung dlm bilik sampai 3 4 hari tak kluar. So bila ayah nya nazak dan meninggal pun dia tak kluar dari bilik dia. Puas dah makcik dan sepupu dia ketuk pintu tu... tak de jawapan langsung. Sampailah kakaknya datang dan merayu adiknya supaya kelaur berjumpa ayahnya buat kali terakhir. This gerl hanya buka pintu sedikit, kakak dia suruh kluar, dia langsung tak mahu. Hishh macam ni punya manusia pun ada. Kesian aku tengok. Kalau ya pun marah ke atau merajuk ke, jgnlah kita buat ibu bapa kita macam tu kan. Aku rasa that gerl dah tak betullah. Cuba korang bayangkan, 3 4 hari tak kluar dari bilik...mahu boring aku di buatnya. Masa aku hanimun dulu pun, walaupun suasana romantik, pun nak kluar kejap amik fresh air. Tak faham betul lah aku.
Aku citer ni bukan apa, sekadar nak buat iktibar pada diri sendiri dan share share lah ngan korang. Walau macam mana marah dan geram pun korang ngan mak ayah korang, janganlah buat cam apa yg budak biol tu buat. Selagi ada org tua tu hargailah mereka. Janganlah jadi anak derhaka, tak cium bau syurga. Tu kira okay lagi, kalau mati tak sempat nak minta ampun, amacam, sendiri mahu pikirlah kan ..... tapi Kalau korang di paksa kawin, pandai pandailah ngelak ya. As for aky yg yatim piatu ni ... duduk ngan Father in law in pun aku nak kena gak jaga hati dia kan. Dah lah dengan anak dia sendiri dia tak ngam, nasib baik ada aku menantu yg baik ni ..eheem eheem, puji diri sendiri pulak aku ni eh.
Oklah nak baliklah, nak masak kan Dear fish ball noodle. Selamat berbuka semua.

No comments: