Thursday, August 18, 2011

Cerita Ramadan

Assalammualaikum,

Dah 18 hari puasa, rumah belum terkemas lagi. Entah kenapa lah, tahun ini puasa badan terasa lesu amat. 2 minggu yg lepas memang tak de chance nak memasak apa apa. Abang ipar yg tinggal dengan kami kerja shift pagi, jadi dia lah yg beria ia apa nak makan waktu berbuka. Tiap hari dia akan ke bazaar membeli kueh kueh. Tiap hari juga ada epok2 dan kuih lapis. Aku tengok pun nak muntah. Dah Dear pesan, beli tu agak agak aja, jgn ikut nafsu. Satu dua hari aja ok. Adoi ngalah kan budak2 lah JC ni. Aku memang gelarkan dia JC, singkatan dari Jantan Cerewet. Nasib lah kami tak berbuka dengan nasi dan lauk pauk, mahu penuh satu meja dengan lauk pauk kalau demikian halnya.

Dah 2 hujung minggu juga aku berbuka di seberang. Cuma 1 kali aja aku memasak kerana kami mengajak jiran disana berbuka bersama dan JC pula telah pulang ke sini disebabkan kerja pagi esoknya.  Tapi sebelum dia balik sini, kami telah ke Pasar Ramadhan di Nusa Perintis. Amboi, segala mala kuih muih hendak dibelinya. Untuk JC makan seorang aja, dia tapau murtabak, roti jala, talam beras 3 keping, putri salat 3 keping dan kuih lapis 3 keping. Dan all time favorit dia bulan pose ni, epok2 pun dia sebat juga beli.  Utk sahur pun dia order sampai 4 jenis makanan...ikan kicap, telur dadar, bagedil dan kacang panjang goreng, semangat betul nak makan subuh2 kala. Kami cuma beli air katira, roti jala dan 2 jenis kuih muih. Main dish tu aku dah masak mee tomato. 

Bila jiran kami datang, dia orang bawa macam macam juga. Kueh teow goreng, kuih muih berbagai macam. Melantaklah kami 5 adult dan 2 kanak2.

Minggu ini dan sampai hari raya nanti, JC kerja shift petang.  Tak pening aku nak clearkan icebox dengan all those leftovers. Dan tak juga aku rasa guilty sangat sangat tiap kali kena kenyangkan tong sampah. Hanya ada kami berdua aja yg berbuka. FIL dah terlalu uzur untuk berpuasa walaupun dia kata dia sanggup utk puasa, namun aku tegah dan hampir bertengkar gara gara keinginan nya yg melampau utk berpuasa. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali dan aku x mahu Dear susah hati dan penat berulang alik ke hospital nanti.

Mulai selasa, aku kembali melayan nafsu Dear.  Opppsss, jangan korang salah sangka, bukan nafsu syawat ya, sesungguhnya kami berpuasa siang dan malam sepanjang bulan yg penuh berakoh ini.  Yang aku maksudkan melayan nafsu makan Dear. Aku memang jenis x kisah makan apa waktu berbuka asalkan bukan makan nasi putih dan lauk pauk. Kalau terpaksa juga, macam hari minggu yg lalu bila kami diundang berbuka puasa. Walaupun lauk pauk seperti sambal goreng pengantin yg menjadi kegemaran kami, aku makan sedikit aja...bukan tak selera tapi takut sebenarnya. Takut terbongkang dan tak dapat nak meraih kenikmatan kelak. Dear pun makan seadanya. Bila balik, kami sambung dengan kuih muih yg ada ditinggalkan JC.  Alhamdulillah, Dear amat bertimbang rasa dengan meminta dimasakkan makanan yg senang senang aja. Yelah semenjak ofis aku dah jauh ni, berapa banyak lah aku termampu nak buat, sampai rumah pun dah pukul 6ptg.  Asal ada bubur masjid, sejenis kuih dan sejenis main dish dan buah2an dah memadai. Selasa lalu, kami berbuka dengan bubur, french toast, murtabak mini yg memang aku dah bikin khusus utk bulan pose dan difreezekan dan popiah basah sekeping sorang. Syukur alhamdulillah.  Semalam, dek terlalu lambat tunggu bas, aku sampai rumah pukul 6.15ptg. Otak pula beku nak masak apa padahal Dear kata kalau x sempat lepas makan bubur nanti boleh masak later. Bila ternampak roti perancis yg ada balance bikin french toast semalam, tiba tiba datang idea. Dengan menggunakan roti perancis tersebut, aku jadikan base seperti pizza. Hiris hiris Ayamas Blackpepper hotdog, guna mayo, guna cendawan butang dan keju sebagai topping. Walla, siap dah mini baguette pizza. Sempat juga membakar 8 keping roti, goreng epok2 dan of course bubur masjid. Dear pulak balik bawa vadeh 3 keping. Alhamdulillah, kenyang sangat2.

Hari ni rasanya aku nak masak mee kari. Ayam dah aku keluarkan dari freezer dan masukkan di peti ais yg biasa pagi tadi sebelum pg kerja. Semua bahan bahan memang dah ada, cuma tunggu mood aja petang nanti. Kalau x malas, jadilah mee kari tu, agak agak malas masak tomyam ayam aja lah gamaknya.

Esok Dear cuti kerana semangat nak berkemas rumah. Aku pula tak amik cuti sama. Besok ada "excursion" sebelah petang. Jam 2.15 ptg aku dah dpt cabut dari ofis ni utk ke lokasi excursion tersebut. Walaupun ia akan berakhir pada jam 5 ptg aku tak kisah kerana destinasi itu di dearah timur singapura dan ia berdekatan dengan rumah. Sabtu ini meredah lagi kami ke seberang. Ada contractor nak pasang alarm dan juga pasang langsir. Rasanya final touch up lah oleh all the contractor termasuk tukang cat. Entah sempat ke tidak utk balik semula sebelum waktu berbuka. Minggu ni minggu terakhir kami balik ke teratak sebelum raya.  Minggu depan aku dan Dear terpaksa menjalankan tanggungjawab kami sempena dengan pilahanraya presiden pada hari sabtu nanti.  Apalah nasib kami,  pada mlm 27 Ramadan...org dok sibuk berebut utk mendapat malam lailatulqadar, kami dok sibuk mengira undi untuk mendapat presiden baru. Benci!!!.

Oklah penat dah ni...apa apa pun, rebut lah peluang utk meraih kebaikan bulan ramadan pada 10 malam terakhir. Semuga segala ibadah dan usaha dengan niat yg suci mendapat balasan dari padaNYA. Amin.

1 comment:

shay said...

amiinn.. selamat hari raya =)