Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran - Minal Aidil Walfaidzin.

Sayu rasa hati nak meninggalkan ramadhan.  Terus terang, aku memang selalu tak look forward utk hari raya. Semenjak pemergian ibunda tercinta, hari raya tak banyak memberi kegembiraan.
Persiapan pun ala kadar aja. Tahun ini adalah tahun yg amat lemau, satu kuih pun tak aku buat. Beli ajalah, itu pun kuih2 yg wajib, tart dan makmur.  Cuti pun tak aku ambil. Nak cuti pun buat apa, paling paling melepak depan tv atau computer. Hari ini pun aku masih kerja, rugi nak amik cuti, company kasi balik separuh hari bagi pekerja muslim. Kalau nak amik cuti, di kira 1 hari. Buat apa nak amikkan...rugi aja. Habis tu kau tak payah nak masak masak ke?
Hah, semalam dah sempat aku masak sambal tumis sotong. Satu kuali besar, sempat gak aku freeze 1 tupperware. Ayam pun dah siap aku bersihkan dan marinate, tinggal nak goreng aja esok pagi. Bahan2 utk buat serunding pun dah aku siapkan. Petang nanti barulah aku lintang pukang memasak. Kuah lodeh esok juga lah jawabnya, hanya siapkan bahan2nya. Kerja tumis menumis ni mudah aja, persiapan tu yg bikin lecehnya. Apa pun tetap nak kena masak. Tahun ini aku beraya di rumah Dear aja, maklum sekarang rumah sendiri telah dihuni org lain. Lepas masak, baru lah aku akan berangkat ke rumah saudara yg sulung kerana di situlah adik beradikku berkumpul.
Persiapan raya tahun ni memang ala kadar aja, ramadhan kali ini pun aku x sempat khatam...huhuuhhuu...entah apa yg bersarang dlm badan, lemah lesu aja. Mungkin faktor umur yg meningkat dan juga kepenatan menguruskan rumah diseberang sebelumnya tersisa dibulan ramadhan.  Yg sempat dan mesti disiapkan adalah 'duit collection'. Bila buat calculation berapa banyak yg nak disiapkan, rasa nya dah berkurang nak kena hulur. Ya lah anak buah ramai yg dah kerja, org org tua pun ada 3 4 orang yg dah "pulang".  Tapi aku tetap juga tepikan sama seperti tahun lalu utk disini. Ringgit pun tahun ni aku siapkan. Yelah raya yg ke9 aku nak naik KL.  Cucu saudara di KL cuma 2 aja yg dah bekerja, yg lagi lebih kurang 18 org tu, nak kena ulur jugakan.
Sudahlah, tak nak bebel lagi, dah nak siap siap balik da ni. Bagi yg beraya dikampung bersama keluarga tersayang masing masing, raihlah kesempatan yg ada utk beramah mesra dengan ibubapa dan saudara. Bagi yg tak kesempatan utk beraya bersama keluarga, jangan sedih2 ya.
Disini saya dan pasangan saya ingin mengucapkan Salam Lebaran. Mohon Maaf andai ada yg terasa dengan posting posting di blog saya ini. Bagi yg pernah bersua, dan membelanja kami makan, harap halalkan semuanya.  Insyallah, panjang umur kita berjumpa lagi.
Malam raya pasang pelita
Pelita berseri indah bercahaya
Seribu kemaafan mohon dipinta
Moga silaturrahim kekal hendaknya
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Semua.
Maaf Zahir Bathin
daripada kami berdua DeeYang.


 

No comments: