Wednesday, August 10, 2011

Update apa apa aja lah....

Assalammualaikum.




Diam tak diam dah masuk sepuluh hari Ramadan. Kejap nya masa berlalu. Syukur kami masih diberi peluang untuk meraih keberkataan bulan pengampunan, keberkahan ini. Semuga kami juga di beri kesempatan untuk dengan jaya dan selamatnya menghabiskan bulan yg mulia ini.



Lama betul tak update blog. Penat dan bz yg teramat. Yelah, sejak ofis aku berpindah, aku mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan pergi balik. Balik balik aja, kuak lentang dulu. Aku sering mengidamkan masa ujung minggu untuk bangun agak lewat sikit dari masa biasa jam 4.30 pagi. Tapi macam hampa saja. Hujung minggu pula terlari lari menguruskan kerja rumah bagai dan secepatnya cabut ke JB. Sejak penghujung April lagi, kami dah tak sehaluan ke tempat kerja. Keluar rumah saja bersama. Sampai di stesyen bas, disitu lah saat perpisahan kami. Rindu nya nak duduk berdua sambil bergenggam tangan di dlm bas. Kalau ada pun waktu pulang kerja, kami selalu menanti each other di satu stesyen bas utk menyambung bus ke rumah. Kalau ada rezeki, dpt lah duduk bersama, kalau dah lambat sangat balik, bus pun dah ramai org, merasalah duduk di sebelah 'kelawar'.



Alhamdulillah, mahligai kami telah selamat di 'blessed' dengan bacaan Albaqarah, Yasin dan solat jemaah kedua belah pihak keluarga. Cita cita dan impian untuk mengadakan pembacaan doa selamat bersempenaan Nisfu Syaaban yg lalu tercapai dengan izin Allah. Walaupun saat itu ada banyak juga hal hal dan kerja kerja touch up harus dilakukan. Namun hasrat kami tertunai juga. Syukur amat sangat. Bila semua nya dah lengkap, lepas raya boleh lah buat housewarming pula. Dalam perbincangan dengan Dear, nak buat 2 separate house warming. Pertama untuk keluarga, kenalan dan jiran jiran baru di sana, yg rata rata org Singapura juga. Untuk kali kedua, dlm planning nak mengundang teman2 blogger dan fb yg mengenali kami sebagai DeeYang. Tapi bila lah nak bikin hsewarming ni, lepas raya seminggu dah nak kena naik KL. Minggu selanjutnya nak ke T Intan pulak. Apa apa pun, nak kena duduk berbincanglah nanti dng mem utk tarikh yg sesuai. Akan ku khabarkan pada meka meka nanti.



Oh lupa pula nak bercerita, dua minggu sebelum pose, kami ada tamu istimewa dari Kajang. Tamu yg selama ini aku teruja sangat untuk bersua. Pertama kali bertemu dengan orang Kajang ini di Pesta Buku Antarabangsa di KL pada akhir bulan April yg lalu. Aku naik ke KL dengan membuat keputusan last minute dan nekad tanpa sebarang tiket bus atau pun flight. Hari Khamis, aku tiba tiba saja membuat keputusan utk ke pesta buku tersebut. Apabila aku memberi tahu Dear, dan Dear ikutkan aja idea mengejut aku ini, aku langsung membeli tiket kapalterbang utk balik. Tiket pegi, pakai bidan terjun aja. Jumaat malam kami langsung ke JB dan membeli tiket utk ke Shah Alam. Since hanya satu malam aja, melepaklah kami di rumah anak buah di Bt Jelutong. Pada pertemuan pertama dengan nya, aku gembira sangat sangat sampai terucap kepada nya yg rasanya aku ingin memeluknya. Wah gembira bila Dia pun memberikan persetujuan nya. Apalagi, berpelukanlah kami dengan ada meja diantara kami..hahaha. Pertemuan yg singkat dan tak sangka mengeratkan silaturahim kami. Sungguh bertuah aku rasakan bila dia mengatakan hendak ke Singapura dan menerima tawaran untuk menginap di teratakku yg tak berkatil dan tak lengkap itu gara gara semua barangan telah ku angkot ke rumah di JB. Memang hati dan perasaan berbunga bunga jadinya. Untung Dee amat memahami obsessi aku dng novelis ini. Kami ke USS bersama dan bersilaturahmi dan mengenal diri masing masing. Sungguh satu kenangan yg indah. Terimakasih Allah atas semuanya.



Ok tinggalkan pertemuan ku dengan novelis pujaan hati itu. Ni nak citer lain hal pulak.



Kebelakangan ini, banyak berita berita kematian yg kami terima. Baik dari keluarga terdekat, jiran lama dan juga org org yg sedikit sebanyak membawa erti dlm kehidupan kami. Semuga semua yg telah pergi di cucuri rahmat ke atas roh mereka dan diterima segala amalan di dunia dan diampunkan Allah segala dosa. Insyallah, kami akan menyusul suatu hari kelak. Cuma tak pasti bila hari, masa, waktu dan tempatnya. Mudah2an kami dijemput dalam keadaan yg mulia bukan dalam aib. Insyallah.



Bulan Ramadhan, minggu terakhir, Dear akan selalu merasa sebak. Bukan kerana ramadhan akan berlalu, kerana Dear selalu teringatkan saat pemergian ibu tercinta di 8 hari terakhir bulan yg mulia ini. Walaupun dah lebih 10 tahun pemergian ‘ibu mertua”, namun saat perpisahan aku dengan nya masih lagi segar diingatan. Puasa hari yg ketiga hari tu, “FIL” pula di masukkan ke hospital. Kata Doctor mungkin ada ketumbuhan di bahagian colon dan kemungkinan merbahaya. Namun Alhamdulillah, he manage to revive dan sekarang berehat aja di rumah. Semuga tiada lah kehilangan dlm keluarga kami di bulan yg penuh berakah ini. Its hard to swallow to lost someone on the good Islamic month, walaupun kita tahu, meninggal di bulan yg dianggap mulia ini adalah sesuatu yg bagus. Ya Allah kau berikanlah peluang untuk Dear mencium tangan ayahandanya buat sekali lagi. Berikanlah ketabahan pada keluarga kami menerima ujian mu ini. Amin.



Oklah, nak take power nap jap...ngantok ni.

No comments: