Thursday, May 28, 2009

Heart Ache bukan Heart Attack

Makin hari makin sibuk, sibuk dengan urusan kerja yg terlalu memenatkan mental. Dah lah tu, lebih teruk kesibukan dan sumbangan kita pada company tak di hargai. Ah! aku depress pulak bila ingatkan semua ini.
Sibuk juga dengan biz sendiri dan sibuk untuk mempertingkatkan diri. Nasib baik kekasih hati faham dengan kesibukan aku. Last few days, aku diserang sakit dada yg teramat; sampai potong epal utk dibuat jus utk Dear pun aku terasa nyeri yg amat. Tak boleh jadi, Dear dah bising suruh gi hospital. Aku, memang elergi bila nak kena gi hospital, tengok orang sakit boleh lah, nak kena gi check diri sendiri, amit amit dong.
Oleh kerana terlalu sakit, aku gagahi juga pergi ke polyclinic semalam. Itu pun setelah didesak teman setugas. Tapi bila sampai clinic,check temperatue, aku didapati demam pulak dng ukuran suhu 38 degress. Alahai, terpaksa dipisahkan ke clinic yg dikhaskan utk org deman..biol lah, aku tak demam, cuma chest pain. Hishh, tak pasal pasal aku jadi lambat dan tempat utk ECG dah ditutup bila waktu aku dipanggil doctor. Akhirnya aku di hantar juga ke hospital untuk buat ECG.
Aku text Dear mengatakan yang aku hendak ke hospital. Dear insist nak temani aku walaupun aku kata nak pergi sendiri. Akhirnya aku pergi juga dengan Dear. Gara gara flu H1N1, semua yg masuk ke hospital harus di ambil temperature. Ah! kat sini, tak pulak aku demam. Normal aja temperature aku tu.
Oleh kerana aku ada surat referral, aku dihantar ECG. Nurse yang bikin ECG ni kendu, tapi memandangkan aku lagi menahan sakit, tak mood aku nak berbicara. Tunggu 10 min, aku dipanggil Doctor yg hansem. Hahh..rasa sakit tu kurang sikit. ECG report agak ok, tapi doctor mahu lebih pasti dan arahkan aku utk xray. Sepanjang pemeriksaan, Dear sentiasa ada bersama. Dear tetap mengingatkan aku sabar dan berdoa. Aku bukan takut dengan Doctor or kena makan obat, aku tak suka kalau kena tahan dihospital. Dear bolehlah, tak pernah ada pengalaman menginap di hospital. Aku tak suka time tido dikejut hanya untuk diambil temperature. Aku tak suka bila nak tido, patient lain terjerit jerit..."Missiii, wah panjo....aiyoh missi ...wah pangsai..". Bosan! Lagipulak, I hate hospital food.
Lepas Xray, aku dipanggil lagi oleh doctor yang hansem lagi lembut. There is nothing serious. No heart problem, no blockage nor any disorientation of the respiratory system. Tapi doctor pun puzzle kenapa aku boleh breathless pulak. Then dari rentogen tersebut, kelihatan there is an inflamation of the ribs bone. Ah! macam mana boleh terjadi perkara ini ya.
Aku disuruh rihat dan dilarang melakukan aktiviti yg perlukan pernafasan yg lama seperti menyelam, berlari, aerobic dan yg sewaktu dengan nya. Seronok tak kena admitted.
Dear larang aku masak. Dear larang aku angkat benda benda berat. Dear juga larang aku menghisap kerana itu akan bikin aku kurang bernafas. Kamar kami di pasang air purifier agar aku bisa bernafas dengan lapang. Hai, semua kena larang. Boring seh, yg paling boring tulah tak dapat nak menghisap.
Kalau macam ni bukan kena heart problem lah, ni dah kira kena heartache.

No comments: