Thursday, January 3, 2008

Malam pertama tidur bersama

Sambung posting semalam...

Tiada apa yg kami lakukan bila tidur bersama, paling yg aku berani setakat waktu tu ialah hanya peluk Dear sampai tertidur. Tapi Dear aja berani cium pipiku. Mungkin aku tak berani sebab tulah hari pertama aku tidur rumah Dear. Mana tak bawa baju lain lagi.

Pagi pagi bangun solat subuh, sarapan dan aku terus minta diri...

Alamak, now nak kena story ngan mak aku pulak, kenapa tak dapat balik rumah. Sebelum ini, tak pernah aku tak balik rumah. Walau lambat mana pun aku merambu ngan geng geng aku yg lain..waimah pukul 3 pagi pun aku tetap balik gak. Bukan tak de kunci rumah sendiri.

Demi panahan cinta ku pada Dear, aku lupa untuk memikirkan aftermath nyer. Cuma yang ada dlm kepala otak untuk dapat tidur sambil memeluk Dear yg teramat ku Cinta.

Sebelum ni cuma pegang tangan aja bila kita keluar bersama. Aku tak berapa pasti perasaan Dear yg sebenar...tapi bila Dear cium pipi ku yg gebu ni dan kata Dear sayang kat aku ... mak ai...boleh nyer aku tahan gejolak di dada....sabar ajalah beb... nak lebih lebih Dear pekik kang, ni rumah dia, mahu aku kena halau pulak, perkosa anak dara orang...hee hee...walaupun sama sama anak dara yg mahu... mana orang stret faham kan. Org senget aja yg tahu erti gejolak di hati antara sesama insan.

Tulah cerita aku dan Dear, tidur bersama for the first time........
Sekarang, tiap malam tidur peluk Dear walaupun siang atau sebelum tidur kita bertengkar, bila malam nak tidur, peluk tetap peluk.

1 comment:

Anonymous said...

i quote, "walaupun siang atau sebelum tidur kita bertengkar, bila malam nak tidur, peluk tetap peluk."

samela kite. even gado pun, when nit comes n its time to sleep, peluk ttp peluk. mcm comel n sweet jew. :)