Saturday, July 21, 2012

Salam Terakhir

Assalammualaikum.

Hari ini 1 ramadan 1433. Kami ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang selama ini sudi untuk menyinggah blog abadi cinta kita ini.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti menulis diblog ini kerana telah membuat penghijrahan kepada sesuatu yang lebih diredhai Allah SWT,insyallah.

Namun, saya masih mahu membiarkan sejarah yang tertulis diblog ini sebagai satu kenangan. Demi cinta saya pada bidang penulisan saya telah membuat keputusan untuk berhijrah menulis di blog baru saya. Disitu akan saya lakarkan tentang penghijrahan kami dan juga ranjau yang kami lalui dalam mengharapkan keredhaan dalam kehidupan yang hanya tinggal sisa ini.

Maka dengan ini, izinkan kami berundur dari dunia yg selama ini kami geluti. Bagi yang tertanya tanya, kami masih lagi bersama dan insyallah akan tetap bersama hingga akhir hayat dengan izin Allah SWT hendaknya.

Semuga semua dapat menjaga puasa masing masing bukan hanya dari lapar dan dahaga. Tingkatkan amalan kita selama sebulan ini bagi menampal dosa dosa yang kita lakukan dibulan bulan yg lain. Bersedekah lah bagi meningkatkan rezeki dan kesihatan. Berbaik sangka sesama insan dan ukuhkan silaturahim yang mana terurai dek kesibukan tuntutan hidup.

Akhirkata, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat semuanya. Doakan impian kami menjadi satu kenyataan. Insyallah, kami akan memanjatkan doa untuk teman teman sekalian. Ameen.

Wassalam

Wednesday, July 11, 2012

Kesal

Pagi ini akhirnya gunung berapi meletup. Alhamdulillah!

Telah lama sedikit demi sedikit hakisan dilakukan. Walaupun aku sering menolak tepi dan cuba bersangka baik, akhirnya pagi ini aku tewas.

23 tahun merangkai cinta bersulamkan kesabaran, kasih, sayang dan pengertian. Kuliliti juga dengan untaian ikatan yg kadang kuikat kemas kemas dan ketat ketat dan kadang, aku seorang insan yg lemah, maka ada juga untaian ikatan yang terburai kerana tak kuasa aku untuk mengeratkan ikatan.

Telah terlalu banyak dan sering kutelan rasa ini sendiri sambil aku melaung laungkan kata kata dipikiran dan hati nurani "aku cintakan kedamaian"..... Agar aku dpt bersabar dan mengelakkan pertengkaran.

Dalam tiap sujudku, sering ku mohon padaNYA agar ukuhkan ikatan antara kita... Dan alhamdulillah... Hingga kini kita masih bisa bertahan. Walau kadang hatiku hancur, namun melihat senyumanmu dan mengingat kenangan lalu juga mengenang "the little things" yg kau buatkan untuk ku... Aku cuba berlapang dada.

Seandainya ada kesempatan marilah kita sama sama muhasabah diri. Aku mengaku akulah yg membawamu kedunia ini. Aku lah yg mengeheretmu melayar bahtera cinta bersama. Tak usahlah kau mengungkit semua itu. Aku tahu dan amat sedar. Tapi apalah dayaku yg tak mampu utk menahan api kasmaran nafsu berahi terhadap insan sesama jenis. Namun aku sedar kesilapan ku bukan kerana kealpaan namun kerana aku gagal mengawal nafsu dan aku gagal menepis ajakan Syaitan nirrajim.

Telah aku pohon berjuta ampun kepadamu, telah berkali kau mengingatkan aku tentang kekhilafan ku, aku bermuhasabah diri. Mahukah kau juga berbuat demikian.

Sayang, mungkin kau merasa akulah punca segala galanya..namun tak ke kau pernah sedar siapa kah yg mengatur pertemuan kita, siapakah yg membiarkan kita merasa bahagia bersama dan siapakah yg menjaga hubungan kita yg kekal hingga kini Hhhmmm.

Untuk kesekian kali, aku masih ingin berlapang dada.

Mungkin ini ujian bagi kita disini.. Sekecil kecil perkara menjadi satu isu besar dlm kehidupan kita.. Takpe aku rela menerima ujian ini. Insyallah, semuga kita diuji hanya disini dan Allah permudahkan urusan kita nanti di sana.

Sama sama lah kita doa agar Allah menutup aib kita kelak.

Akhir kata maafkan aku sayang dan aku amat menyesali apa yg berlaku ini.

Semuga kasih sayang dan cinta kasih antara kita abadi selamanya. Ameen